fbpx

Bayi ‘ajaib’ Nufail kini berusia setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAUZIAH mendukung Nufail di sisi kakaknya, Jahidah yang terlantar koma di rumah mereka di Seremban.

SEREMBAN – Bayi ajaib, Ehsan Nufail anak mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nodin berusia genap setahun pada 30 November lalu.

Adik Jahidah, Fauziah, 40, berkata, biarpun sudah berusia setahun, namun kejadian yang menimpa kakaknya seperti baru semalam berlaku.

“Genap setahun umur baby (bayi) ajaib kakak Jahidah, babyku juga, Nufail. Tepat hujung November tahun lalu (dilahirkan) seperti baru semalam kejadian berlaku dengan keha­diran Nufail yang lahir semasa ibunya koma,” kongsi Fauziah di Facebooknya semalam.

Fauziah turut berkongsi vi­deo berdurasi tiga minit tiga saat yang memaparkan wajah Nufail di samping Jahidah yang kini masih terlantar koma.

Berita berkaitan: ‘Sebak tengok Nufail mengengsot masuk bilik ibu dia’

Menurut Fauziah, kakaknya menanggung penderitaan berat ketika mengandungkan Nufail, namun bersyukur bayi itu lahir sempurna dan sihat.

“Moga kami terus kuat mengharungi semua ujian yang datang. Selamat hari lahir sayang, Nufail genap setahun. Moga jadi anak yang soleh, sihat, dipermudahkan urusan dunia akhirat.

Semoga ibu boleh sedar sepenuhnya, sihat dan dapat memeluk Nufail,” katanya.

Kosmo! melaporkan Jahidah koma dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selepas didakwa dipukul suaminya.

Mangsa dimasukkan ke hospital di Johor Bahru sebelum dipindahkan ke Seremban. Jahidah selamat melahirkan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI