fbpx

Ancaman cuaca buruk di 10 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 10 buah negeri sehingga pukul 9 malam nanti.

MetMalaysia menerusi kenyataannya memaklumkan antara negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak Pahang Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia berkata, bagi negeri kedah ia membabitkan kawasan Alor Setar, Yan, Kuala Muda, Sik, Kulim dan Bandar Bandar Baharu), manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim),

“Di Pahang pula ia melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran dan Kuantan.

“Selain itu, cuaca buruk turut dijangka melanda kawasan Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), Johor (Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka,”ujarnya.

Sementara itu bagi wilayah Sarawak pula melibatkan kawasan Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu, Mukah, Bintulu (Tatau), Miri (Beluru dan Telang Usan) dan Limbang.

“Selain itu, di Sabah ia meliputi kawasan pedalaman (Beaufort dan Tambunan), Sandakan (Tongod, Kinabatangan, dan Beluran), Kudat (Kota Marudu dan Pitas) serta bahagian pantai barat Sabah” jelasnya menerusi satu hantaran.

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh masa tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI