fbpx

850 banduan Penjara Kelantan terima latihan pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat (depan, dua dari kiri) semasa sesi bergambar pada Program Outreach Memperkasa Komuniti Koreksional 'We Care' Peringkat Penjara Negeri Kelantan di UMK Kampus Kota Bharu hari ini.FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Seramai 850 banduan Jabatan Penjara Kelantan yang sedang menjalani hukuman diberi latihan pekerjaan dalam pelbagai bidang melibatkan kerjasama dengan syarikat Corporate Smart Internship (CSI).

Pengarah Jabatan Penjara Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob berkata, kerjasama yang terjalin dengan syarikat tersebut sejak empat tahun lalu itu telah menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan berkenaan.

“Seramai 850 banduan termasuk 280 sedang bekerja dengan syarikat berkenaan pada tahun ini.

“Setakat ini, kesemua 21 buah syarikat CSI dapat menyediakan sebanyak 300 peluang pekerjaan kepada banduan. Masih ada banyak lagi syarikat yang sedang menunggu untuk bekerjasama dengan kita,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Outreach Memperkasa Komuniti Koreksional, ‘We Care’ Peringkat Penjara Negeri Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mat berkata, banduan yang terlibat dengan program itu terdiri daripada penghuni penjara yang bakal menyertai Sistem Parol dan Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL).

“Bidang yang mereka ceburi antaranya mekanik, sektor pengilangan dan perladangan. Ada syarikat yang sedang menunggu untuk mengambil banduan wanita untuk menjalani latihan spa,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI