BARU sahaja melangsungkan perkahwinan kedua, penyanyi Ratu Rizky Nabila dilaporkan sudah meminta cerai daripada suaminya, Ibrahim Alhami.
Dakwa Rizky, dia menuntut cerai kerana tidak bahagia dan berasa tertipu dengan suami warga negara Libya itu.
“Ya, betul baru dua hari nikah saya sudah minta cerai.
“Dia tipu kata keluarganya sudah restu hubungan kami dan saya setuju berkahwin. Tapi rupa-rupanya belum dapat restu keluarga, itu membuatkan saya marah,” ujarnya.
Enggan hidup tanpa restu keluarga, Rizky juga berasa seperti tidak dihormati keluarga suaminya.
“Abangnya menghina saya dan anak. Saya tidak boleh terima,” ujarnya yang bergelar isteri kepada lelaki itu pada 26 November lalu.