fbpx

RM20 juta hasil kutipan caj 20 sen beg plastik di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. KERAJAAN Turki menyasarkan untuk mengurangkan penggunaan beg plastik dalam kalangan rakyatnya. NOTA TERBITAN KOSMO 19 DISEMBER 2018 RABU MUKA 22 191218K Archived by SUE

SHAH ALAM – Sebanyak RM20 juta direkodkan bagi kutipan caj beg plastik 20 sen sejak 2020 hingga Jun tahun ini di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian berkata, kutipan tinggi itu disebabkan kurangnya penguatkuasaan larangan penjualan beg plastik susulan pandemik Covid-19.

“Saya mengaku ada masalah daripada penguatkuasaan terutama ketika pandemik dengan kita beri kelonggaran kepada peniaga berikutan pendapatan dan perniagaan mereka tidak begitu bagus.

“Kita tidak mahu menyusahkan mereka, justeru penguatkuasaan kurang dijalankan dalam tempoh berkenaan,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas soalan tambahan Elizabeth Wong Keat Ping (PH-Bukit Lanjan) berhubung tindakan kerajaan terhadap isu penggunaan plastik yang semakin berleluasa.

Jelas beliau, berdasarkan rekod juga mendapati kutipan caj bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM6.6 juta, 2021 (RM8.5juta) dan sehingga Jun tahun ini adalah berjumlah RM4.8 juta.

“Jumlah kutipan itu dijangka meningkat sepanjang tahun ini sehingga RM9 juta,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI