fbpx

RM16.6 juta bina pusat 3S Ford Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Turse (tengah) pada majlis pecah tanah projek pembinaan pusat 3S Ford baharu di Seberang Prai, Pulau Pinang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar eksklusif Ford di Malaysia, telah melabur sehingga RM16.6 juta untuk membangunkan pusat 3S Ford baharu di Pulau Pinang sebagai usaha mengu­kuhkan prospek jenamanya di kawasan utara.

Pengarah Urusan SDAC, Turse Zuhair berkata, pusat 3S yang menawarkan perkhidmatan serba lengkap itu juga akan meme­nuhi keperluan serta menambah baik pengalaman para pelanggannya.

“Pusat yang meliputi kawasan seluas 45,000 kaki persegi itu, akan dilengkapi dengan 18 ruang servis dan kapasiti untuk mempamerkan sehingga enam buah kenderaan.

“Kemudahan yang dijangka siap menjelang suku pertama 2024 ini terletak di Jalan Baru di Seberang Prai yang akan memudahkan kunjungan.

“Melalui projek tersebut, pe­langgan akan dapat menikmati kemudahan terkini di Pusat 3S Ford yang dibina sepenuhnya sejajar dengan piawaian global Ford,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pecah tanah projek tersebut yang diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini.

Selain itu, Pengarah Urusan Pasaran Pengedar Ford Asia Pacific, DJ Simpson menerangkan, Pulau Pinang adalah pasaran penting melalui prospek kukuh bagi Ford dan Sime Darby Auto ConneXion.

“Kami akan terus meluaskan tawaran rangkaian kende­raan bertaraf dunia dan menyediakan perkhidmatan terulung kepada pelanggan di kawasan utara,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI