fbpx

PRU15: Setiap calon PN diberi RM50,000, bukan sumber syarikat judi – Hamzah Zainuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah menyampaikan Ceramah Rakyat di hadapan terminal bas Bandar Baru Rompin di Rompin, malam tadi.

ROMPIN – Setiap calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diperuntukkan dana sebanyak RM50,000 seorang dan sumber itu bukan daripada syarikat perjudian.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, tidak timbul soal dana yang besar kerana jika mempunyai sumber kewangan yang banyak, gabungan itu akan menang besar bukan setakat 73 kerusi Parlimen yang diperoleh pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

“Oleh kerana mereka takut akan peristiwa yang telah pun ditempuhi dalam PRU15 baru-baru ini, maka Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim keluarkan kenyataan seolah-olah bahawa dalam kempen kita jutaan ringgit telah dikeluarkan oleh PN dan duit datangnya daripada tauke judi.

“Saya nak maklumkan betul kita bagi duit, saya ni Setiausaha Agung PN dan ada ramai calon (PN) yang ada depan saya, kita bagi RM50,000 je (sahaja) seorang calon.

“Kalaulah saya ada duit daripada kaki judi saya ingat bukan hanya menang 73 kerusi (Parlimen), hak Barisan Nasional (BN) yang ada 30 kerusi itu pun kita sapu habis, tapi sebab tak cukup duit, modal kurang. Sebab itulah kita tak dapat menang banyak itu saja,” jelasnya pada Ceramah Rakyat di hadapan terminal bas Bandar Baru Rompin di sini semalam.

Semalam, Anwar dalam sidang akhbar di Putrajaya membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Dalam pada Hamzah turut menjelaskan hal berkaitan jumlah cabutan khas judi beliau berkata, kuasa untuk menentukan dan meluluskan jumlah cabutan adalah di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan dan tidak perlu melalui Kabinet.

“Dia (Anwar) dok kata dalam kerajaan itu (ada) 22 kali cabutan judi, siapa Menteri Kewangan? Tengku Zafrul Tengku Aziz, kau tanyalah yang berhormat Tengku Zafrul.

“Kabinet mesti tahu? Kepala hotak engkau! Hari ini (semalam) ada mesyuarat Kabinet? Tak ada pun, tetapi dia (Anwar) umumkan 22 (cabutan khas judi) turun jadi lapan, maknanya apa? Maknanya hanya Menteri Kewangan berkuasa,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI