fbpx

PM Anwar sambut baik kerjasama Petronas-ADNOC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik perjanjian bersejarah antara PETRONAS dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) untuk meneroka dan menilai Unconventional Onshore Block 1 di Abu Dhabi hari ini.

“Saya menjunjung kasih atas peranan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang menjadi tenaga pendorong utama kepada kejayaan usaha ini,” jelas beliau dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Tambah Perdana Menteri itu lagi, pemeteraian kerjasama tersebut merupakan cerminan untuk negara membina hubungan antarabangsa yang lebih jitu serta menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai negara tatkala dunia sedang dalam pemulihan pasca Covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi global.

“Saya menaruh sepenuh keyakinan bahawa syarikat-syarikat serta bakat-bakat tempatan mampu menerajui serta meneroka idea dan peluang untuk bersaing di peringkat global,” kata beliau lagi.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan sukacita atas kejayaan kerjasama sulung antara syarikat pengeluar minyak dan gas tempatan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kerjasama Petronas Abu Dhabi Sdn. Bhd. dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) itu secara langsung mengiktiraf dan sekali lagi membuktikan keupayaan syarikat Malaysia bersaing di peringkat global. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI