fbpx

Piala Dunia: Impian besar Giroud tertunai sudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIROUD kini muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman Perancis selepas gol dijaringnya awal pagi semalam memintas jumlah jaringan Henry. – AFP

DOHA – Penyerang prolifik Pe­rancis, Olivier Giroud hanya mahu memberikan fokus sepenuhnya membantu pasukan itu menjulang trofi Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.

Giroud, 36, muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman Pe­rancis dengan 52 jaringan selepas meledak satu gol ketika menewaskan Poland 3-1 pada aksi pu­singan 16 di Stadium Al Thumama malam kelmarin.

Gol tersebut membolehkan penyerang AC Milan itu me­mintas rekod dipegang legenda Arsenal, Thierry Henry dengan kelebihan satu jaringan.

“Isteri dan anak-anak saya serta rakan-rakan saya semua berada di sini. Ia satu malam yang menakjubkan kerana inilah impian saya untuk memecahkan rekod Henry.

“Semua orang merasakan saya boleh melakukannya tetapi saya tidak pernah berfikir mengenai perkara ini. Saya hanya obses untuk membantu Perancis sejauh yang mungkin di pentas ini.

“Jujurnya saya kecewa kerana gagal menyudahkan beberapa peluang dalam aksi ini. Sekarang saya lega kerana selepas ini tiada lagi orang akan bercakap mengenai rekod jaringan,” kata Giroud.

Turut mencuri tumpuan dalam aksi itu adalah Kylian Mbappe yang meledak dua gol buat Perancis sekali gus me­ngumpul koleksi jaringan kelima di pentas Piala Dunia.

Begitupun, pengendali Perancis, Didier Deschamps merasakan bintang Paris Saint-Germain itu masih tidak beraksi pada tahap terbaiknya setakat ini.

“Kita semua tahu kualiti Kylian di atas padang, tetapi kita belum dapat melihatnya lagi. Namun, saya tak risau kerana prestasinya boleh berubah,” jelasnya.

Perancis yang turut melepaskan satu gol kepada Poland menerusi sepakan penalti Robert Lewandowski kelmarin, bakal membuat perhitungan menarik menentang England di suku ak­hir pada Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI