fbpx

MAIPk terima zakat perniagaan, pendapatan berjumlah RM2.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mujiburrahman (tengah) menyerahkan cek zakat bernilai RM2.31 juta kepada Sultan Nazrin di Istana Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan dan pendapatan berjumlah RM2,987,122.31 daripada empat syarikat korporat di Istana Changkat Persekutuan di sini hari ini.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) yang menerima zakat tersebut dalam satu kenyataan berkata, penyerahannya kepada Sultan Nazrin didahului oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya, BSN diwakili oleh Ketua Pegawai Perniagaannya, Mujiburrahman Abd. Rashid dengan menunaikan zakat perniagaan dan pendapatan berjumlah RM2.31 juta.

“Ia diikuti Affin Islamic Bank Berhad diwakili Pengerusinya, Musa Abdul Malek dengan jumlah zakat perniagaan RM325,000,” katanya di sini hari ini.

Menurut MAIPk, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) turut menyerahkan zakat berjumlah RM227,872.84 dengan ia diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Perak, Mohd. Rosli Basri.

Turut menurut zakat perniagaan ialah Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad berjumlah RM124,249.47.

“Ia diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Keluarga Berhad, Nor Azman Zainal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI