fbpx

Lima dicekup judi Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang suspek yang ditahan terlibat dalam judi bola sepak Piala Dunia 2022.

KLANG – Kegiatan lima lelaki yang terlibat dalam aktiviti judi dan pertaruhan Piala Dunia 2022 berakhir apabila mereka diberkas polis di sekitar daerah ini, baru-baru ini.

Mereka yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an itu ditahan dalam Ops Soga IX yang dijalankan bermula 19 November sehingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, operasi khas itu diadakan bagi menahan individu atau sindiket yang bertindak sebagai bookie atau punter.

“Setakat ini, kita sudah melakukan lima serbuan dan menahan lima lelaki. Empat daripadanya disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953 manakala satu lagi di bawah Seksyen 6 (3) akta sama,”  katanya dalam kenyataan hari ini.

Sepanjang operasi itu, polis merampas satu unit komputer dan modem, lima telefon bimbit dan satu jadual perlawanan Piala Dunia. Rampasan nilai had kredit dalam perisian mencecah RM200,000.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI