fbpx

Khidmat Luqman Hakim terpaksa dilupakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUQMAN tidak dapat hadir ke kem latihan pusat skuad B-23 negara selepas K.V. Kortrijk tidak mahu melepaskannya atas alasan masih ada aksi kompetitif perlu diharungi.

PELUANG pemain yang berpangkalan di Belgium, Luqman Hakim Shamsudin untuk menyarung jersi senior Harimau Malaya atau skuad bawah 23 (B-23) pada masa akan datang masih lagi terbuka meskipun tiada dalam kem latihan pusat kali ini.

Ketua jurulatih skuad B-23, E. Elavarasan berkata, Luqman yang mewakili K.V. Kortrijk sepatutnya dipanggil pada kem latihan pusat kali ini tetapi tidak dilepaskan pihak pengurusannya kerana di luar kalendar FIFA.

“Pada kali ini, kita memang mahu memanggil Luqman bagi bersama skuad B-23 negara tetapi kelab tidak mahu melepaskannya atas alasan masih ada aksi kompetitif perlu diharungi.

“Malah, skuad senior (Harimau Malaya) juga ada membuat permintaan untuk mendapatkan khidmat Luqman tetapi tidak kesampaian.

“Kita akan tunggu dan lihat bagaimana peluang Luqman untuk bersama kami pada kem latihan pusat seterusnya,” kata Elavarasan yang juga penolong ketua jurulatih skuad kebangsaan di bawah kendalian Kim Pan-gon.

Sebagai rekod, kali terakhir Luqman bersama skuad senior negara adalah pada aksi antarabangsa Mac lepas sewaktu bertemu Singapura dan Filipina di Singapura.

Bagi saingan di peringkat skuad B-23 pula, Luqman turut berada dalam skuad utama pasukan muda Harimau Malaya beraksi pada Sukan SEA di Vietnam dan Piala Asia B-23 di Uzbekistan pada awal tahun ini.

Sementara itu, Elavarasan mengakui berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh semua 25 pemain B-23 yang dipanggil dengan menamakan seorang pemain, Aliff Najmi Shaaini sebagai tonggak berpotensi di­serapkan dalam skuad senior.

“Masa ini ada seorang pemain berpeluang diserap ke skuad senior iaitu Aliff Najmi Shaaini dari Kelantan FC yang menunjukkan prestasi baik ketika aksi persahabatan menentang Harimau Malaya pada Jumaat lepas.

“Mungkin ada satu atau dua pemain akan menyertai skuad senior pada masa akan datang untuk pendedahan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI