fbpx

Guna sumber luar pastikan bekalan telur mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengenal pasti beberapa sumber dari luar bagi menampung keperluan bekalan dengan segera seterusnya memastikan keterjaminan telur ayam di pasaran.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, tindakan itu merupakan pelan jangka pendek diambil kementerian sebagai merujuk kepada sidang akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan keterjaminan bekalan telur ayam dalam negara.

“Kementerian menyedari keperluan bekalan telur ayam yang merupakan makanan seharian berprotein yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dengan kadar penggunaan purata telur ayam sebanyak 968 juta biji sebulan.

“Sehubungan itu, sebagai pelan jangka pendek, kementerian telah mengenal pasti beberapa sumber dari luar untuk menampung keperluan bekalan dalam negara dengan kadar segera bagi memastikan keterjaminan telur ayam di pasaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI