fbpx

Formula harga minyak sedia ada kekal terbaik – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi pada Ceramah Mega Ayuh Malaysia di Padang Serai, Kulim malam tadi.

KULIM – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyifatkan formula untuk menentukan harga minyak pada ketika ini adalah kekal terbaik.

Kata beliau, formula yang masih digunakan kerajaan sejak beberapa tahun lalu itu mengambil kira perubahan harga minyak mentah dunia serta harga siling perlu dikenakan.

“Formula sekarang ini pun formula yang saya (cadangkan) dulu dan daripada segi formula sekarang itu, ia kekal terbaik.

“Ia masih lagi terbaik kerana formula sekarang ini mengambil kira perubahan harga minyak mentah dunia dan juga berapa harga siling yang kita rasa akan dikenakan,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada Ceramah Mega Ayuh Malaysia di Padang Serai di sini malam semalam.

Menurutnya, kerajaan memerlukan masa untuk melihat sebarang cadangan untuk menurunkan harga minyak semasa.

“Ia bukan soal formula, tetapi keadaan ekonomi sekarang, jadi persoalan ada dua iaitu harga minyak mentah dunia sekarang sekitar AS$83 ke AS$85 setong.

“Ada yang beritahu bahawa harga minyak mentah itu telah jatuh kerana dalam empat, lima bulan lepas ia mencapai lebih AS$100. Jadi bila dah jatuh, adakah kita cukup patut juga turunkan harga minyak,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan perlu melihat jumlah pendapatan negara ketika ini dan berapa peruntukan tambahan diperlukan untuk mengubah harga siling RM2.05 seliter.

“Kita juga kena lihat sama ada tindakan yang dibuat itu berbaloi untuk menurunkan harga minyak berbanding menggunakan peruntukan berkenaan kepada aktiviti ekonomi lain dengan kesan berganda,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI