fbpx

Bangunan Kementerian Kewangan terbakar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan JBPM Putrajaya berjaya memadamkan kebakaran yang berlaku di salah sebuah stor di Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA- Stor sisa pukal dan penyelenggaraan di Bangunan Kementerian Kewangan di sini dilaporkan terbakar petang tadi hingga menyebabkan ruangan tersebut dipenuhi asap tebal.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Putrajaya dalam tempoh 30 minit.

Menurut Pusat Gerakan Operasi JBPM Putrajaya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.34 petang sebelum tiba di lokasi kejadian pada pukul 2.41 petang.

“Kejadian itu disedari oleh seorang kakitangan Kementerian Kewangan yang berada di ruang parkir aras berkenaan dan pengadu melihat api di stor berkenaan.

“Kebakaran juga dapat dikesan oleh Sistem Pepasangan Keselamatan Kebakaran (PKK) yang menyebabkan penggera api berbunyi. Pasukan ERT juga berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke stor bersebelahan dengan menggunakan lapan unit alat pemadam api jenis debu kering,” katanya ketika dihubungi Kosmo! tadi.

Katanya, sejurus sampai, JBPM mengambil alih dan meneruskan aktiviti pemadaman menggunakan aliran air sehingga kebakaran padam sepenuhnya.

“Kebakaran itu menyebabkan ruangan stor dipenuhi asap tebal dan pasukan bomba melaksanakan tindakan pengudaraan bagi mengeluarkan asap.

“Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Putrajaya dan Unit Pengesan K9 sedang melaksanakan siasatan bagi menyiasat punca dan anggaran kerugian disebabkan kebakaran itu,” jelasnya.

Pagi tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan sesi ‘clock in’ di bangunan itu bagi memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan selepas dilantik memegang jawatan itu Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI