fbpx

Anwar bertukar pandangan dengan Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Anwar ketika bertemu Ismail Sabri di Putrajaya hari ini

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya hari ini.

Pertemuan tersebut antara lain adalah bagi bertukar pandangan berkaitan isu semasa negara ketika ini.

Perdana Menteri melalui satu kenyataan di laman sosial Facebooknya sebentar tadi turut menghargai kesudian Naib Presiden UMNO itu untuk bertemu dengan beliau.

“Saya hargai kesudian beliau untuk bertemu dan bertukar pandangan terkait pelbagai isu semasa.

“Saya juga nyatakan penghargaan kepada beliau atas dukungan dan sokongan yang diberikan,” jelas Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI