PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa negeri sehingga pukul 6 petang ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.
Bagi Kedah, amaran dikeluarkan membabitkan Kubang Pasu, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
“Perak membabitkan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim. Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman). Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin).
“Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.). Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau). Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sarawak di Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Miri (Subis).
Keadaan cuaca yang sama juga diramal akan berlaku di Sabah melibatkan Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang) dan Sandakan (Kinabatangan) – KOSMO! ONLINE