fbpx

TikTok bekerjasama dengan MCMC banteras kandungan provokatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Fadzil.

PETALING JAYA – Perlakuan memuat naik kandungan berunsur provokatif di platform media sosial akan segera ditangani oleh Kementerian Komunikasi Digital dengan kerjasama penyedia platform, TikTok.

Menterinya, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, berkata dalam satu kenyataan hari ini, pihaknya telah mengadakan perjumpaan bersama dengan TikTok dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membincangkan isu tersebut.

“Perjumpaan itu bertujuan untuk mengutarakan kebimbangan dan keseriusan impak negatif daripada kandungan seumpama ini yang tersebar luas dalam kalangan masyarakat Malaysia yang majmuk, rencam dan harmoni.

“Berikutan itu, pihak TikTok telah menyatakan hasrat dan komitmen untuk menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Komunikasi Digital melalui SKMM untuk segera membendung dan membanteras penyebaran kandungan berunsur provokatif dan bersifat ekstremis di media sosial,” katanya.

Tambahnya lagi, perkara tersebut juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet Khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan di Putrajaya pagi tadi.

Jelasnya, mesyuarat ini antara lain memberikan penekanan berkaitan perlakuan muat naik bahan yang mengandungi unsur provokatif, menggugat keharmonian dan menyentuh sensitiviti kedudukan institusi beraja, agama dan bangsa (3R – Ruler, Religion & Race) di platform media sosial.

“InshaAllah saya juga akan mengadakan beberapa lagi siri perjumpaan dengan penyedia platform media sosial yang lain bagi memastikan isu ini ditangani secara
holisitik dengan kadar segera,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI