fbpx

Status OKU tak halang Nur Fatihah bukti kemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR FATIHAH berjaya mengumpul jualan RM157,969 sebagai ejen Mamasab.

KALAU dilihat daripada fizikal gadis kecil molek yang berkerusi roda itu, pasti rasa kasihan dan simpati terbit di sanubari.

Siapa sangka, di sebalik ujian yang dianugerahkan Tuhan, gadis berusia 23 tahun bernama Nur Fatihah Jasmi ini mempunyai kehebatan dalam sukan catur.

Ujar Nur Fatihah, minatnya dalam permainan catur mula terpupuk sejak di bangku sekolah rendah lagi.

“Kalau ikutkan, minat main catur ini memang ada sejak kecil.

“Cumanya, keyakinan untuk jadi seorang atlet sukan itu hanya datang setelah saya menginjak dewasa dan saya kemudian menyertai sukan Para Sukan Malaysia (Sukma) bermula tahun 2018,” katanya kepada iGen.

Nur Fatihah yang baru sahaja selesai bertanding di Para Sukma 2022 mewakili Negeri Sembilan berjaya merangkul dua pingat Perak.

Terdahulu, pada tahun 2018, Nur Fatihah mula dijemput untuk menyertai Para Sukma mewakili Kuala Lumpur dan memenangi dua pingat gangsa bagi kemunculan sulungnya itu.

Jelas Nur Fatihah yang bakal diraikan pada Konvokesyen ke-62 setelah menamatkan pengajian Diploma Pengurusan dari Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCED) 12 Disember depan bersyukur dapat menghabiskan pengajian dengan lancar.

Nur Fatihah bakal diraikan pada Konvokesyen ke-62 setelah menamatkan pengajian Diploma Pengurusan dari Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya. 

“Saya sentiasa yakin dengan hikmah dalam setiap aturan hidup ini dan menjadi tugas kita untuk mencarinya. Bukan dengan hanya melihat kekurangan dan bersedih.

“Sebaliknya kita perlu mencari kelebihan yang ada dalam diri kita, dan membantu semua yang ada di sekeliling kita dengan cara yang terbaik,” katanya seakan-akan tidak percaya bakal bergelar graduan tidak lama lagi.

Tambah anak jati kelahiran Kuala Lumpur itu juga, selain aktif sebagai atlet sukan catur Para dan pelajar, dia juga aktif berniaga kek coklat di bawah jenama popular, Mamasab.

Ditanya bila minat dalam bidang keusahawanan berputik, dia memberitahu, kecenderungan menjadi usahawan dan minat berniaga juga ada sejak kecil.

“Saya teringat ketika saya di sekolah rendah, saya pernah membuka tempahan kek coklat untuk rakan-rakan.

“Kemudian, ketika di sekolah menengah juga saya ada mencuba beberapa peluang keusahawanan.

“Namun, fasa saya betul-betul fokus di dalam bidang keusahawanan ini adalah apabila saya diajak untuk menyertai perniagaan kek bersama Mamasab pada tahun 2020,” katanya yang turut pernah diraikan sebagai salah seorang ejen dengan jualan terkumpul tertinggi sebanyak RM157,969.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI