fbpx

PM jadi Menteri Kewangan ekoran keadaan ‘luar biasa’ negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi.

PUTRAJAYA – Menteri Ekonomi, Mohd. Rafizi Ramli menyifatkan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan adalah sesuai dengan keadaan semasa negara yang dianggap ‘luar biasa’.

Jelasnya, ia satu keperluan sukar diambil kerajaan kerana dengan adanya gabungan-gabungan yang membentuk kerajaan, sudah tentu setiap komponen mahu jawatan Menteri Kewangan berada di pihak mereka.

“Oleh kerana situasi luar biasa keputusan itu sesuai buat masa sekarang, Perdana Menteri yang jadi Menteri Kewangan supaya tidak ada isu.

“Kalau ikut pandangan saya secara idealnya, kita pisahkan jawatan Menteri Kewangan dengan jawatan Perdana Menteri dan pendirian itu tidak berubah.

“Hanya kerana keadaan sekarang ini mendesak, kita kena ambil pendirian itu dan tidak bermakna bahawa ia perlu diteruskan,” katanya pada sidang akhbar di sini, pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI