fbpx

Piala Dunia: Jepun elak ‘Tragedi Doha’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORIYASU (tengah) menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh puluhan wartawan sebelum memulakan sesi latihan bersama pasukan Jepun di kem latihan Al Sadd SC di Doha semalam. – AFP

DOHA – Pengendali Jepun, Hajime Moriyasu tidak rela untuk mengulangi kekecewaan pasukannya pada 29 tahun lalu dan akan cuba mengetuai Samurai Biru mengatasi Croatia pada pusingan 16 terbaik di Stadium Al Janoub malam ini.

Pada tanggal 28 Oktober 1993, kota Doha pernah menjadi saksi kegagalan Jepun mara ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali pertama selepas Negara Matahari Terbit itu yang turut dibarisi Moriyasu sekadar seri 2-2 dengan Iraq pada aksi kelayakan.

Ketika itu, Jepun memerlukan kemenangan untuk layak buat kali pertama pada edisi 1994, namun penyerang lawan, Jaffar Omran muncul pemusnah selepas menjaringkan gol penya­maan pada minit ke-90, sekaligus menyaksikan Moriyasu tidak pernah mengecapi pentas Piala Dunia sebagai pemain.

“Saya memikirkan tentang ‘Tragedi Doha’, namun ketika itu, pemain turun dengan aksi agresif untuk mencabar bola.

“Namun, saya sudah dapat rasakan perubahan. Pemain yang ada sekarang adalah era baharu kepada bola sepak Jepun,” katanya.

Pencapaian luar biasa Jepun dengan menewaskan dua gergasi Eropah iaitu Jerman dan Sepanyol dalam aksi kumpulan menjadikan Samurai Biru sebagai tajuk utama berita di negara itu dan Moriyasu sekali lagi menagih magis pemainnya untuk cuba mengejutkan Croatia.

Sepanjang aksi setakat ini, Moriyasu sentiasa mendapat pujian kerana pertukaran yang dilakukannya membuahkan hasil lumayan, namun jurulatih itu sedar pertemuan dengan Croatia bakal menjanjikan cabaran berbeza.

“Tiada seorang pun anggota pasukan yang menganggap mereka adalah tonggak utama atau ekadar pemain gantian.

Sudah tentu akan wujud­nya persaingan untuk merebut tempat tetapi secara dasarnya, mereka adalah pemain tetap bagi pasukan ini,” kata Moriyasu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI