fbpx

Pejuang Putrajaya ikrar terus bersama Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir (tengah) bersama Pejuang Putrajaya dalam satu majlis yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana lewat petang tadi.

PUTRAJAYA – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Parlimen Putrajaya terus setia dan memberi sokongan kuat kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad biarpun parti itu mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke- 15 (PRU15) baru-baru ini.

Penyelaras Pejuang Muda Putrajaya, Muhammad Zulhilmi Mohd She Fee berkata, gerakan Pejuang Putrajaya selepas ini akan terus diperhebat dengan tawaran lebih segar khususnya dalam pembangunan ekonomi dan modal insan orang Melayu.

Menurutnya, beliau juga optimis dengan gerak kerja yang lebih segar daripada barisan kepimpinan baharu selain meletakkan sasaran mempunyai 5,000 ahli, sekali gus menjadi parti pilihan orang ramai.

“Sokongan itu dinyatakan dalam perjumpaan membabitkan lebih 50 ahli Pejuang Putrajaya bersama Tun Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, petang tadi.

“Pada pertemuan itu, Tun Mahathir menyampaikan amanat beliau kepada seluruh ahli Pejuang Putrajaya betapa pentingnya kita perjuangkan nasib bangsa, tanpa berharap apa-apa pulangan.

“Beliau juga mahu orang Melayu menumpukan usaha dalam meningkatkan kuasa ekonomi bangsa supaya tidak menjadi lemah dan mampu pertahankan integriti, maruah dan kehormatan diri,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI