fbpx

Najib minta ketepi perasaan benci, bantu pulihkan ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAJIB RAZAK

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, meminta rakyat mengenepikan perasaan benci terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya hanya fokus kepada pemulihan negara kini.

Najib dalam satu hantaran di akaun Facebooknya berkata, ia berikutan negara sudah berdepan dengan tempoh yang sukar sejak Pilihan Raya Umum ke-14 beserta cabaran Pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.

“Tidak suka Barisan Nasional kerjasama dengan Pakatan Harapan serta parti-parti lain dalam kerajaan seperti dititah Yang Di-Pertuan Agong? Tidak mengapa. Benci Anwar? Suka hati kawan-kawan.

“Tetapi paling utama, harap semua izinkan Malaysia untuk pulih secepat mungkin demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

“Sebab negara sudah mengalami tempoh yang amat susah sejak PRU14 dengan kerajaan tidak stabil (5 Perdana Menteri; Najib, Mahathir, Muhyiddin, Ismail dan Anwar dalam tempoh lebih 4 tahun serta cabaran pandemik Covid-19,” tulisnya.

Najib juga mendoakan dan berharap perkara yang terbaik sahaja buat negara bagi lima tahun akan datang. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI