fbpx

LZS peruntuk RM77.7 juta buat asnaf, golongan terkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sabirin (tengah) bergambar bersama penerima dan penyumbang zakat di Selangor di Dewan Serbaguna Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya hari ini.

SUBANG JAYA – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan agihan zakat sebanyak RM77.7 juta menerusi 10 inisiatif bantuan di bawah Zakat Selangor Peduli (ZSP).

Peruntukan tersebut memberi manfaat kepada golongan asnaf, keluarga B40 serta M40 termasuk institusi di Selangor yang terkesan dengan cabaran pasca pandemik Covid-19 selain bencana banjir tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini berkata, inisiatif ZSP telah dilaksanakan secara berperingkat bermula Oktober hingga Disember.

“Melaui ZSP, LZS telah memperuntukkan sebanyak RM33.5 juta Bantuan Khas Keperluan Hidup (Inflasi) kepada 67,000 penerima asnaf fakir, miskin dan mualaf.

“Bantuan ‘one-off’ RM500 adalah bantuan tambahan daripada bantuan sedia ada yang diterima agar golongan tersebut dapat memanfaatkan bagi keperluan susulan peningkatan kos sara hidup,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Kempen Kongsi Rezeki dengan 2.5 peratus di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Sabirin, program ini bertujuan menggalakkan dan memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan zakat sebelum akhir tahun ini dengan berkongsi rezeki bersama komuniti setempat.

“Pengeluar zakat terlibat turut berpeluang menyertai peraduan ‘Kongsi Rezeki & Menang’ dan memenangi hadiah menarik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI