fbpx

Lelaki kahwini pasangan kembar serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Atul tinggal bersama Rinki dan Pinky di dalam sebuah rumah sejak kecil di samping ibu mereka. – India Today

NEW DELHI – Sebuah majlis perkahwinan di Solapur, India menjadi perhatian ramai apabila pengantin lelaki mengahwini sepasang adik-beradik kembar secara serentak tanpa sebarang bantahan, lapor laman berita India Today kelmarin.

Menurut maklumat yang diperoleh India Today, pasangan kembar tersebut yang dikenali sebagai  Rinki dan Pinky, bekerja sebagai jurutera teknologi maklumat (IT). Mereka mengahwini Atul, yang memiliki sebuah agensi pelancongan di Mumbai.

Majlis perkahwinan di Solapur, dalam negeri Maharashtra, pada Jumaat lalu itu turut mendapat restu  kedua-dua keluarga.

Ketiga-tiga mereka dikatakan tinggal bersama dalam sebuah rumah sejak kecil di samping ibu Rinki dan Pinky selepas kematian bapa mereka.

Atul menjadi semakin akrab dengan pasangan kembar itu selepas ibu mereka jatuh sakit dan Rinki serta Pinky sering menggunakan kereta milik lelaki tersebut bagi membawa ibu mereka ke hospital.

Selepas video perkahwinan mereka tular di media sosial, ramai netizen meluahkan kebimbangan mengenai sama ada perkahwinan itu adalah sah atau tidak mengikut Akta Perkahwinan Hindu. 

Polis tempatan juga dilaporkan memulakan siasatan mengenai perkara tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI