fbpx

Lebih 130 dihukum mati oleh tentera Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGAWAL penjara bersiap sedia untuk membebaskan banduan di luar penjara Insein di Yangon pada 17 November lalu. - AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Lebih 130 orang telah dijatuhi hukuman mati sejak junta Myanmar merampas kuasa daripada kerajaan awam pada Februari tahun lalu, kata seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti dilaporkan laman berita Wion News kelmarin.

Badan dunia itu turut mendakwa junta tentera menggunakan hukuman mati untuk menghapuskan pengaruh pihak pembangkang.

Tambah PBB, sekurang-kurangnya tujuh pelajar universiti turut dihukum dengan cara tersebut pada 30 November lalu, menjadikan jumlah keseluruhan yang dihukum mati ialah 139 orang setakat ini.

“Tentera terus mengadakan prosiding di mahkamah rahsia yang melanggar prinsip asas-asas perbicaraan adil dan bertentangan dengan jaminan teras kehakiman mengenai kebebasan serta kesaksamaan,” kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak-Hak Asasi Manusia, Volker Turk. 

Beliau sebelum ini berkata pada Rabu bahawa mahkamah tentera menjatuhi hukuman mati sekurang-kurangnya ke atas tujuh pelajar lelaki dan sekurang-kurangnya empat lagi aktivis belia dihukum dengan cara tersebut.

Tambahan lagi, mahkamah yang dikuatkuasakan oleh tentera di negara itu secara konsisten gagal mempertahankan sebarang tahap ketelusan dan bertentangan dengan proses wajar paling asas serta dijamin menerusi perbicaraan yang adil, kata Turk. 

Junta tentera telah mengambil alih pemerintahan Myanmar pada 2021 selepas berlakunya kudeta ke atas kerajaan awam yang disertai oleh ikon demokrasi, Aung San Suu Kyi. 

Menurut PBB, hampir 1,700 tahanan daripada 16,500 orang telah ditangkap, dibicarakan dan disabitkan oleh tribunal yang ditubuhkan tanpa perancangan teliti dan ada masanya, ia cuma berlangsung dalam tempoh hanya beberapa minit. 

Selain itu, pada masa ini, tahanan-tahanan kadangkala tidak mempunyai akses untuk menemui peguam atau ahli keluarga masing-masing. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI