SIKAP murah hati pelakon Song Joong-ki terserlah apabila dia menawarkan diri untuk belanja makan pelakon dan petugas drama The Youngest Son Of A Conglomerate.
Joong-ki membawa kesemua pelakon dan kru terlibat dalam drama berkenaan ke sebuah restoran barbeku untuk bergembira bersama-sama.
Perkara itu diketahui peminat menerusi satu gambar mesra barisan pelakon dalam hantaran Instagram Kim Do-hyun.
Menerusi gambar tersebut kelibat pelakon Yoon Jae-moon, Kim Jung-nan, Jo Han-chul, Kim Nam-hee, Jung Hye-young, Park Ji-hyun, Kim Shin-rok dan ramai lagi dilihat tersenyum di hadapan kamera.
Joong-ki sebagai ketua pada malam itu berada di tengah-tengah kumpulan dengan memegang penyepit bersedia untuk membakar daging.