fbpx

Demi anak, Fazley Yaakob sanggup jadi ‘jenazah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZLEY Yaakob menawarkan diri menjadi model bagi kelas pengurusan jenazah anak-anaknya.

PETALING JAYA – Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob sanggup menawarkan diri menjadi model mandi jenazah bagi memberikan pemahaman jelas mengenai fardu kifayah kepada anak-anaknya.

Katanya, kelas kendalian ustaz yang diikuti anak-anaknya dirasakan lebih mudah difahami jika menggunakan manusia sebenar berbanding patung.

“Hari ini aktiviti anak-anak adalah mengikuti kelas mandi jenazah. Ustaz ada bertanyakan kepada saya bagaimana kelas yang dimahukan.

“Saya cakap buat saja latihan betul-betul. Kemudian ustaz tanya, jenazah kita buat macam mana pula? Patungkah?

“Saya kata, biar saja saya jadi jenazahnya, sebab suatu hari nanti nak kena buat betul-betul juga kan?” katanya menerusi perkongsian Instagram.

Tindakan Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob, 44, mengundang rasa kagum peminatnya yang memuji kesanggupannya menjadi ‘jenazah’ demi pembelajaran anak.

Tidak kurang juga yang menyatakan secara tidak langsung sikap sebegitu mampu menyuntik kesedaran kepada individu lain.

Penyanyi lagu Asmara Ini sememangnya bapa yang mementingkan sahsiah diri serta pelajaran cahaya matanya termasuk mengutamakan pendidikan agama.

Untuk info, rumah tangga Fazley dengan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 14, Ahmad Fieradz Shah, 13, Ahmad Firudz Shah, 11, dan Alayna Selma, 5. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI