fbpx

Bio Desaru bakal terima 6 projek bernilai RM792 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHARI ketika menjawab soalan lisan Rashidah Ismail (BN-Pasir Raja) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Kawasan Bio Desaru, Kota Tinggi dijangka menerima enam projek baru melibatkan pelabur dari dalam dan luar negara bernilai pelaburan RM792 juta, tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, projek baru tersebut merupakan salah satu usaha kerajaan negeri dalam usaha menjadikan Johor sebagai Bakul Makanan Malaysia.

Beliau berkata, salah satu projek itu membabitkan pembangunan pusat pengumpulan, pemprosesan, pembungkusan dan pengedaran Bio Desaru (Bio Desaru CPPDC) dengan anggaran kapasiti pengeluaran produk sebanyak 10,000 sebulan.

Selain itu, katanya, turut dibangunkan ialah projek penternakan ikan menggunakan Malaysia Recirculated Aquaculture System (RAS) 2020 dengan anggaran pengeluaran 10,000 tan ikan setahun.

“Kita juga akan melibat pembangunan projek penternakan udang dan akua-pelancongan dengan anggaran pengeluaran 4,500 tan udang setahun selain projek tanaman nenas MD2 dan tanaman kontan libatkan pengeluaran 540,000 biji nenas dan 598,000 kilogram tanaman kontan seperti lada, bendi dan pisang berangan setahun.

“Turut dibangunkan adalah projek tanaman kelapa pandan pisang berangan dengan anggaran pengeluaran 1.15 juta biji kelapa dan 450,000 kg pisang setahun serta projek pembangunan Integrated Sustainable Food Production Zone (Bio Desaru ISFPZ) dengan anggaran pengeluaran 2,000 tan sayur-sayuran dan ikan setahun,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.

Zahari (BN-Buloh Kasap) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Rashidah Ismail (BN-Pasir Raja) mengenai tanah-tanah kerajaan yang telah dan sedang diusahakan dengan tanaman bernilai tinggi bagi tujuan domestik dan eksport dalam usaha menjadikan Johor sebagai Negeri Maju pada 2023 jaminan bekalan makanan.

Mengulas lanjut, Zahari memberitahu, lembah makanan Bio Desaru dibangunkan bagi memperkukuh rantaian pengeluaran makanan dengan memperluaskan aplikasi bioteknologi secara berkesan dalam mengkomersialkan pertanian selain menitikberatkan bio-sekuriti dan pemeliharaan ekologi.

“Selain itu, terdapat 29 projek yang telah siap, sedang dibangunkan dan belum memulakan pembangunan melalui perjanjian kerjasama antara Bio Desaru Sdn. Bhd. dan 23 syarikat pelabur dengan jumlah pelaburan keseluruhan ialah RM1.138 bilion,” ujarnya.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan tersebut, hanya 18 projek yang masih aktif pada masa ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI