fbpx

Banjir, bandaraya pintar jadi fokus Datuk Bandar Shah Alam baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Fuad ketika majlis angkat sumpah Datuk Bandar Shah Alam ke-10 di wisma MBSA, hari ini

SHAH ALAM – Isu banjir menjadi antara fokus utama Dr. Nor Fuad Abdul Hamid yang dilantik sebagai Datuk Bandar Shah Alam ke-10 bagi mengelakkan beberapa kawasan bandar raya tersebut ditenggelami sekali lagi seperti tahun lalu.

Nor Fuad,51, berkata, beliau berazam melaksanakan Pelan Tindakan Banjir secara berfasa dengan kesemuanya merangkumi 49 projek dengan fasa pertama sebanyak 30 projek.

Malah katanya, beliau berpeluang melawat ‘hot spot’ banjir di Bukit Naga, di sini dan mengetahui antara perkara perlu dilakukan bagi mengatasi banjir berulang.

“Secara keseluruhannya pelan pelaksanaan itu melibatkan tujuh lembangan dalam jajahan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Ini termasuk Lembangan Sungai Kandis, Lembangan Sungai Rasah, Lembangan Sungai Renggam, Lembangan Sungai Binjai/Sungai Puloh, Lembangan Sungai Buloh, Lembangan Sungai Air Kuning/Sungai Damansara dan Lembangan Sungai Rasau,” katanya ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah sebagai Datuk Bandar Shah Alam ke-10, di Wisma MBSA, hari ini.

Mengulas mengenai visinya sebagai Datuk Bandar Shah Alam, Nor Fuad komited untuk menjadikan Shah Alam menjadi bandar pintar yang terangkum dalam salah satu daripada tiga teras utama selaras menjadikan sebagai antara bandar raya terkemuka di dunia.

Ujarnya, dua teras lain adalah Shah Alam berdaya huni dan makmur menjelang tahun 2025 yang telah digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS1).

“Teras pintar ini hendaklah mengoptimumkan penggunaan teknologi digital dalam perkhidmatan perbandaran bagi memperkasa kehidupan penduduk, pemegang taruh, para pemaju, pemain industri dan komuniti bandaraya Shah Alam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI