fbpx

Ahmad Zahid mula tugas rasmi TPM di Perdana Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (kiri) mengaminkan doa di pejabatnya sejurus mengimbas kad perakam waktu. FOTO JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

PUTRAJAYA- Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini memulakan tugas rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) apabila tiba di Bangunan Perdana Putra untuk sesi ‘clock in’ pagi tadi.

Ketibaan Ahmad Zahid ke Perdana Putra kira-kira pukul 8 pagi disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Sejurus tiba, Ahmad Zahid kemudiannya mengimbas kad perakam waktu di pejabat beliau yang terletak di aras 4 sebelum mengaminkan doa yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, Kamruzaman Abdul Aziz.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri selain turut memegang portfolio sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Selain Ahmad Zahid, turut dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri ialah Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI