fbpx

Adriano, isteri berpisah selepas 24 hari berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adriano berpisah dengan Mesquita selepas 24 hari bergelar suami isteri. - adrianoimperador/Instagram

BRASILIA – Legenda bola sepak Brazil, Adriano yang terkenal dengan sikap buaya darat sebelum ini berpisah dengan isterinya hanya beberapa minggu selepas mengikat tali perkahwinan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Bekas pemain kelab Inter Milan itu dikenali ramai dengan gaya hidup liarnya termasuk melanggan 18 pelacur dengan bayaran £13,000 (RM70,027) untuk satu malam.

Namun, sikap buaya darat itu berjaya ‘dijinakkan’ isterinya, Micaela Mesquita sebelum mereka membuat keputusan untuk berkahwin bulan lepas. 

Perkahwinan mereka bagaimanapun dilaporkan berakhir 24 hari selepas bergelar suami isteri, lapor akhbar Brazil, Extra Globo.

Tambah laporan tersebut, acara makan malam tertutup yang dirancang pasangan itu bersama keluarga dan rakan-rakan turut dibatalkan.

Pergaduhan besar dikatakan tercetus antara mereka apabila Adriano pergi menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia di mana Brazil menentang Switzerland.

Lelaki berusia 40 tahun itu kononnya pergi ke Penha, selatan Brazil untuk menonton perlawanan bersama rakan-rakannya dan pulang dua hari kemudian. Ia menyebabkan pertelingkahan besar tercetus antara Adriano dengan Mesquita.

Pergaduhan itu juga membuatkan mereka saling tidak mengikut (unfollow) antara satu sama lain di media sosial masing-masing selain Mesquita turut memadam semua gambar bersama Adriano dalam akaun Instagramnya.

Ia merupakan perpisahan kedua buat Adriano tahun ini selepas berpisah dengan seorang pelajar perubatan, Ceu Oliveira, pada Mac lalu.

Tahun lalu, legenda bola sepak itu menjalinkan hubungan bersama seorang wanita lain, Laisa Lemos, dalam apa yang digelar hubungan cinta sebenar pertamanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI