fbpx

6,000 jawatan tentera Britain akan dimansuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 6,000 pekerjaan tentera akan dimansuhkan oleh MoD di tengah-tengah perang di Ukraine. - Getty

LONDON – Lebih 6,000 jawatan tentera di Britain akan dimansuhkan sebagai langkah untuk melakukan penjimatan sebanyak £2.5 bilion (RM13.47 bilion), lapor akhbar The Sun semalam.

Pemansuhan jawatan itu melibatkan Tentera Laut Diraja Britain, Kor Marin Diraja dan Tentera Udara Diraja Britain (RAF).

Anggota tentera juga berkemungkinan menerima ‘ganjaran gaji sangat terhad’ untuk dekad akan datang, kata Pejabat Audit Negara (NAO) ketika membuat kesimpulan berikutan kajian semula yang mendalam terhadap perbelanjaan ketenteraan.

Kenyataan itu dikeluarkan ekoran perang di Ukraine. Setiausaha Pertahanan, Ben Wallace sebelum ini memperjuangkan supaya peruntukan angkatan tentera dinaikkan selepas menerima pemotongan selama bertahun-tahun.

Laporan NAO menyatakan, 6,350 jawatan akan dimansuhkan dan bilangan rekrut akan dikurangkan sebanyak 1,450 menjelang 2032.

Kor Marin dijangka terjejas teruk dengan 2,050 jawatan mungkin dimansuhkan. Sebanyak 2,500 jawatan lagi daripada Tentera Laut dan 1,800 daripada RAF.

Laporan itu menyatakan bahawa Tentera Darat harus diselamatkan kerana bilangan kekuatan berkurangan daripada 80,000 anggota kepada 73,000 anggota.

Belanjawan Kementerian Pertahanan (MoD) untuk ganjaran gaji juga dijangka dibelenggu inflasi.

“Kami mempunyai rancangan yang dibiayai sepenuhnya untuk perbelanjaan pertahanan sebanyak  £242 billion (RM1.3 trilion) dalam tempoh 10 tahun akan datang,” kata MoD. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI