fbpx

[VIDEO] 25 rumah tenggelam banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian dari 25 buah rumah dilanda banjir berikutan hujan lebat di Kampung Rintng D, Taman Rinting, Pasir Gudang disini. - Raja Jaafar Ali

JOHOR BAHRU – Kira-kira 25 buah rumah di Kampung Rinting D, Taman Rinting, dekat sini dilanda banjir kilat berikutan limpahan air dari Sungai Seri Alam ekoran hujan lebat kira-kira satu jam.

Hujan lebat bermula pada pukul 1 tengah hari itu menyebabkan paras air sungai tersebut naik begitu cepat sehinggakan air naik sehingga para lutut.

Seorang penduduk Suratmin Alwi, 47, berkata, hujan turun dengan lebat menyebabkan kampungnya di landa banjir setelah 20 minit hujan.

Menurutnya, punca utama berlakuknya kejadian banjir itu dipercayai kerana sungai di kawasan Kampung Rinting D sempit dan cetek terutama di bahagian hulu Sungai Tebrau.

“Tahun ini sudah tiga kali banjir berlaku di kawasan ini sebab sungai yang sempit dan tidak dipantau oleh pihak berkenaan.

“Walaupun telah dibuat benteng batu yang dinaikkan tetapi setiap kali hujan lebat akan berlaku banjir kerana arus air tersekat,” katanya ketika ditemui di sini.

Suratmin berkata, pihak yang bertanggungjawab terutama Jabatan Parit dan Saliran (JPS) perlunmemantau keadaan sungai disini, samada ada tebing runtuh, sampah dan tumbuhan liar yang tidak dipotong disepanjang sungai disini.

Sementara itu, hujan lebat itu juga menyebabkan beberapa jalan terutama di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran susur masuk ke Taman Rinting dan Bandar Seri Alam dilanda banjir dan berlaku kesesakan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI