fbpx

Sheikh Muszaphar bakal timang anak ke-7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dimuat naik Dr. Sheikh Muszaphar pada Instagram.

PETALING JAYA – Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bakal menimang anak ketujuh selepas isterinya, Datin Dr. Halina Mohd. Yunos hamil lagi.

Beliau berkongsi berita itu menerusi sebuah video ‘whispering the good news’ (bisik berita baik) bersama isteri dan enam anak yang dimuat naik pada akaun Instagram beliau.

“Alhamdulillah, syukur sangat. Semua orang teruja, semoga dipermudahkan, amin,” katanya pada keterangan video tersebut.

Perkhabaran itu disambut baik oleh pengikut-pengikutnya yang mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Terdahulu, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Pasangan itu dikurniakan enam anak iaitu Sophea Isabella, 10; Sophea Natasha, 8; kembar lelaki berusia empat tahun iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar lelaki dan perempuan, Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia dilahirkan pada November 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI