KUALA LUMPUR – Teka-teki masa depan kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid akhirnya terjawab apabila pemain kelahiran Terengganu itu bakal menyertai kelab Divisyen Satu Thailand, Ratchaburi FC bermula awal tahun depan.
Selepas selamat diijabkabul dengan Syifa Melvin, berita yang disiarkan laman sosial Main Stand – International ini menjadi khabar gembira kedua buat pemain 25 tahun itu memandangkan Ratchaburi FC kini sedang menghuni tangga ketiga Liga Thailand dibelakang Buriram United dan Chonburi FC.
Menurut laporan sama, Pengerusi Ratchaburi FC, Tanawat Nitikanchana mengesahkan Safawi akan sertai pasukan sejurus selesai tugasan antarabangsa bersama Harimau Malaya.
Untuk berita lanjut, dapatkan akhbar Kosmo! esok. – KOSMO! ONLINE