fbpx

PRU15: PN yakin tawan Padang Serai, PRN Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahidan bersama penyokong PN mengibarkan bendera PN walaupun dalam hujan lebat pada 'flash mob' sempena PRU15 Padang Serai di Taman Selasih, semalam. Foto SHAHIR NOORDIN

KULIM – Perikatan Nasional (PN) yakin mampu menawan Parlimen Padang Serai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini seterusnya menyapu bersih seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bekas pemimpin UMNO yang juga Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, keyakinan itu berdasarkan gelombang sokongan rakyat kepada PN yang tercetus di Arau pada PRU15, baru-baru ini.

“Kebangkitan perpaduan ummah itu dilihat akan merebak sehingga Padang Serai dan pada PRN Kedah nanti.

“Justeru, eloklah dipercepatkan PRN untuk kita pastikan mereka kosong (tewas di semua kerusi DUN) susulan kebangkitan rakyat tolak mereka (Pakatan Harapan dan Barisan Nasional),” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, semua pengundi termasuk ahli UMNO yang kecewa dengan pimpinan atasan juga diminta untuk memberikan undi kepada PN kali ini.

“Kepada kawan-kawan saya dalam PN, tak payah kata kepada UMNO sebab yang buat tak betul ini bukan ahli UMNO tetapi pemimpin mereka.

“Jangan bimbang, orang UMNO perlahan-lahan datang mengundi PN dan kita bagi kemenangan yang dahsyat di Padang Serai.

“Kita juga minta pengundi dari kaum India beri undi kepada PN. Saya kasihan kepada orang India ini kerana sepatutnya wakil mereka dalam Kabinet dari pertubuhan besar, MIC,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI