fbpx

Piala Dunia: Suarez dakwa Uruguay dianaktirikan FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUAREZ gagal membendung rasa kecewa selepas menyaksikan Uruguay tersingkir daripada Piala Dunia selepas gagal melepasi peringkat kumpulan meskipun menang ke atas Ghana 2-0 di Stadium Al Janoub malam kelmarin. – AFP

AL WAKRAH – Penyerang sensasi Uruguay, Luis Suarez mendakwa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sentiasa ‘menganaktirikan’ pasukannya apabila menutup kariernya di pentas Piala Dunia dengan kekecewaan.

Uruguay terpaksa menerima hakikat perit tersingkir daripada edisi kali ini walaupun menang 2-0 ke atas Ghana pada aksi terakhir Kumpulan H di Stadium Al Janoub malam kelmarin.

Namun, Suarez merasakan La Celeste sepatutnya mendapat satu lagi sepakan penalti pada awal babak kedua susulan kekasaran dilakukan terhadap Darwin Nunez.

“Kekasaran terhadap Nunez sangat jelas. Edi (Edinson Cavani) juga kerap dikasari dalam perlawanan ini.

“Ini bukan alasan tetapi perkara yang luar biasa sedang berlaku dalam Piala Dunia. Saya mahu pergi memeluk keluarga selepas perlawanan tetapi petugas FIFA datang melarang.

“Nampaknya Uruguay perlu lebih bersuara. Ia kelihatan FIFA sentiasa menganaktirikan Uruguay,” kata Suarez yang menitiskan air mata selepas gagal melangkah ke pusingan 16 terbaik.

Uruguay dikecewakan tempat ke pusingan 16 terbaik menerusi kelebihan jaringan dimiliki Korea Selatan yang mencipta kejutan Portugal 2-1.

Ini adalah kali pertama La Celeste tidak melepasi peringkat kumpulan dalam tiga edisi terakhir selepas gagal mela­yakkan diri sewaktu Piala Dunia 2006 di Jerman.

Ketua jurulatih Uruguay, Diego Alonso memberikan alasan kegagalan itu disebabkan Portugal dihadiahkan sepakan penalti di hujung permainan ketika tewas 0-2 pada 28 November lalu.

“Kami tersingkir disebabkan sepakan penalti itu. Kami bukan terkeluar kerana jumlah mata sama dengan Korea Selatan. Bagi saya ia bukan sepakan penalti tetapi FIFA mengatakan sebaliknya,” jelasnya.

Bagaimanapun, Alonso te­tap memuji prestasi pasukannya terutama dua gol daripada Giorgian de Arrascaeta ke atas Ghana yang gagal menyudahkan sepakan penalti diambil Andre Ayew. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI