fbpx

Piala Dunia: Neymar makin hampir untuk beraksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR cuba mententeramkan rakan-rakan sepasukannya selepas Brazil tewas 0-1 kepada Cameroon pada aksi terakhir peringkat kumpulan di Stadium Lusail semalam. – AFP

DOHA – Bintang sensasi Brazil, Neymar kemungkinan diturun­kan menjelang pertembungan menentang Korea Selatan pada aksi 16 pasukan terbaik 6 Disember nanti.

Brazil dilihat memerlukan khidmat Neymar menjelang pertembungan peringkat kalah mati tersebut selepas pasukan itu tewas mengejut 0-1 terhadap pasukan Afrika, Cameroon awal pagi semalam.

Penyerang Paris St-Germain (PSG), Neymar ketika ini sedang berjuang untuk pulih daripada kecederaan yang menimpanya sewaktu aksi pembukaan selepas Brazil mengatasi Serbia 2-0.

Lebih malang, Brazil dijangka kehilangan seorang lagi pemainnya selepas penyerang Arsenal, Gabriel Jesus mengadu mengalami kesakitan di kakinya ketika berdepan Cameroon dan akan menjalani pemeriksaan.

Sebelum ini, Neymar, Alex Sandro, Danilo direhatkan susulan kecederaan dan ketika ini sedang menanti keputusan akhir pasukannya sama ada diturunkan atau sebaliknya.

Doktor pasukan Brazil, Rodrigo Lasmar menegaskan bahawa pihaknya tidak menolak kemungkinan mengenai peluang Neymar dan Alex Sandro untuk bermain pusingan kalah mati.

“Segala kemungkinan untuk melihat Sandro dan Neymar diturunkan menentang Korea Selatan itu ada. Cuma buat masa ini, kita masih memantau keadaan mereka dan kita akan lihat perkembangan mereka.

“Ketika ini, Sandro dan Neymar belum mempunyai peluang untuk turun menjalani latihan dengan bola. Jadi, bergantung kepada keadaan tersebut. Pada saat ini, kami (Brazil) mempunyai dua masalah terutama kecederaan menimpa Alex Telles apabila dia mengadu mengalami kesakitan pada lutut kanannya.

“Yang keduanya, Gabriel Jesus turut menjelaskan bahawa lutut kanannya rasa sakit sejurus ber­akhir perlawanan menentang Cameroon dan pasukan telah mengarahkan untuk menjalani peperiksaan menyeluruh,” kata Lasmar.

Brazil yang muncul selaku juara peringkat kumpulan akan menentang Korea Selatan di Stadium 974 awal pagi Selasa ini, selepas pasukan Asia itu membenam Portugal 2-1 awal pagi semalam. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI