fbpx

Piala Dunia: Keajaiban Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEUNG-MIN menangis keterujaan selepas menyaksikan Korea Selatan melangkah ke pusingan 16 Piala Dunia Qatar 2022. – AFP

SEJURUS sebelum kebangkitan Korea Selatan mencipta sejarah menewaskan Portugal 2-1 pada Piala Dunia Qatar 2022, Hwang Hee-chan dan Son Heung-min dilihat serius berbincang sebaik dia masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-66 perlawanan.

Kedua-dua pemain yang beraksi pada Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sedar bahawa pasukan Taegeuk Warriors memerlukan sedikit keajaiban. Korea Selatan perlu menewaskan Portugal, pendahulu Kumpulan H yang juga salah satu pasukan pilihan, pada masa sama berharap keputusan antara Ghana dan Uruguay memihak kepada mereka.

Heung-min meramalkan bahawa Hee-chan yang merupakan penyerang berbisa Wolverhampton Wanderers akan menghadirkan sesuatu yang istimewa.

“Kami mempercayai kamu, Hee-chan,” kata Heung-min kepada rakan sepasukannya yang dibawa masuk itu.

Ternyata, kemasukan Hee-chan benar-benar mencipta keistimewaan buat Korea Selatan apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-90+1 hasil hantaran cantik Heung-min, sekali gus mara ke pusingan 16 Piala Dunia Qatar 2022.

PARA pemain Korea Selatan meraikan kejayaan melangkah ke pusingan 16 Piala Dunia Qatar 2022 selepas menang 2-1 ke atas Portugal pada aksi terakhir Kumpulan H di Stadium Education City semalam. – AFP
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI