fbpx

Mandi serbuk kayu manis cepatkan jodoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMALAN mandi serbuk kayu manis atau dikenali sebagai pebersvend telah dipraktikkan sejak abad ke-16 di Denmark.

KAYU manis merupakan salah satu rempah-ratus popular yang sering digunakan dalam masakan.

Pun begitu, pernahkah anda mendengar serbuk kulit kayu manis digunakan untuk dilumur pada seseorang?

Kedengaran memang agak pelik dan kelakar, tetapi perkara tersebut benar-benar berlaku di Denmark sebagai salah satu tradisi masyarakat di sana.

Untuk makluman, serbuk kayu manis dimandikan kepada mana-mana individu yang sudah mencecah usia 25 tahun, tetapi masih belum berkahwin.

Dikatakan amalan tersebut telah lama dipraktikkan iaitu sejak abad ke-16 lagi dan masih berlangsung hingga detik ini.

Berdasarkan pemahaman masyarakat setempat, amalan tersebut dipanggil sebagai pebersvend atau lebih dikenali dengan paper dude.

Salah seorang penduduk di sana, Oliver berkata, sebenarnya aktiviti tersebut dilakukan bagi memperingati golongan pedagang rempah-ratus pada zaman dahulu.

INDIVIDU diraikan tidak boleh melawan dan hanya mengikut setiap arahan yang diberikan semasa upacara mandi serbuk kayu manis dilakukan.

Katanya, pada waktu itu, golongan pedagang tersebut dikatakan kerap mengembara ke seluruh dunia bagi menjual hasil dagangan mereka.

“Disebabkan kerap mengembara, golongan ini terlupa tentang masa depan mereka terutamanya untuk mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri.

“Bagi mengelakkan golongan muda terlupa tentang perkara itu, terciptalah amalan mandi serbuk kulit kayu manis ini.

“Upacara mandi serbuk kayu manis selalunya dilakukan ketika mereka menyambut ulang tahun kelahiran ke-25,” katanya.

Tambah Oliver, pada hari istimewa itu, ia dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan bagi membantu memandikan mereka diraikan.

Ujar Oliver sendiri, dia pernah dimandikan dengan serbuk kayu manis sekitar 15 tahun lalu kerana lambat kahwin.

Tegasnya, tradisi tersebut sebagai galakan kepada seseorang itu untuk berumah tangga sebelum lanjut usia.

SERBUK kayu manis dimandikan kepada mana-mana individu yang telah mencapai usia 25 tahun.

Dia memaklumkan, selain serbuk kayu manis, ada sesetengah daripada mereka dimandikan dengan bahan-bahan lain seperti lada hitam, kek ulang tahun dan sebagainya.

“Setiap kali upacara dijalankan, ‘mangsa’ wajib mengikut beberapa peraturan yang telah ditetapkan.

“Pada hari tersebut, mereka perlu mendiamkan diri, tidak boleh melawan dan hanya mengikut setiap arahan daripada ahli keluarga atau rakan-rakan,” katanya.

Menariknya, ketika upacara mandi itu dijalankan, sebuah arca akan dibina khusus kepada individu diraikan sebagai peringatan buat mereka.

Biasanya, arca berkenaan dibuat dalam bentuk manusia, haiwan, robot dan sebagainya.

SERBUK kayu manis biasanya digunakan dalam masakan.

Dikatakan juga, hanya bahan tertentu sahaja boleh digunakan untuk membina arca itu. Biasanya, ia dibuat dengan menggunakan besi terpakai.

Bagi memastikan arca itu kelihatan lebih menarik, binaan daripada besi itu akan dihiasi dengan pelbagai warna dan corak.

Selain itu, tulisan angka mengikut usia dan nama individu yang dimandikan akan ditulis di mana-mana bahagian pada arca tersebut.

Difahamkan, perkara tersebut bertujuan sebagai pengenalan kepada ahli keluarga lain yang hadir berkunjung ke upacara unik berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN