fbpx

Lelaki diheret pihak berkuasa ke pusat kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua anggota pihak berkuasa sedang memaksa seorang lelaki di dalam rumahnya yang enggan pergi ke sebuah pusat kuarantin di Hangzhou baru-baru ini. - Twitter/CNN

BEIJING – Satu rakaman video memaparkan situasi seorang lelaki sedang bergelut dengan beberapa anggota pihak berkuasa China yang memakai sut hazmat selepas dia enggan berpindah ke sebuah kemudahan kuarantin, lapor portal berita MailOnline semalam.

Lelaki itu kemudian diheret secara ganas dari sofa di rumahnya di Hangzhou, ibu kota wilayah Zhejiang di timur negara itu, ketika dia berbaring dalam selimut.

Kedua-dua anggota pihak berkuasa itu menjerit kepada lelaki berkenaan: “Pakai pelitup muka!” sambil menggesa dia memakai pelitup muka walaupun berada di dalam rumahnya sendiri dan tidak menimbulkan risiko kesihatan kepada orang lain.

Dia juga berpaut di sofa dan tidak mahu diseret serta dibawa ke kemudahan kuarantin.

“Jangan tolak saya. Adakah anda gila?” soal lelaki tersebut yang tidak mahu mengikut anggota-anggota pihak berkuasa tersebut.

Bagaimanapun, kedua-dua anggota pihak berkuasa itu berjaya menarik lelaki itu bangun dari sofa dengan mereka memeluknya dan memaksanya mengalah sebelum dihantar ke pusat kurantin.

Wanita yang merakam insiden itu kemudian merayu kepada pihak berkuasa supaya tidak bertindak terlalu ganas selain bertanya sama ada mereka mempunyai masa untuk bercakap dengannya dan menahannya di rumah.

Namun, setakat ini, masih tidak diketahui di mana lelaki itu ditempatkan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI