fbpx

Khaled tekad lonjakkan KPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled

PETALING JAYA- Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi tekad untuk melonjakkan sektor pengajian tinggi negara ke tahap yang lebih baik.

Menteri Pengajian Tinggi itu berkata, selain melonjakkan sektor tersebut ia juga perlu memberi manfaat untuk semua rakyat di negara ini.

“Saya pohon doa dan kerjasama semua untuk menjayakan misi penting negara ini,” ujarnya dalam satu hantaran di media sosialnya hari ini.

Terdahulu, Khaled bersama 26 menteri lain termasuk Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara semalam.

Khaled merupakan antara enam menteri daripada Barisan Nasional (BN) yang dilantik dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI