fbpx

Keluarga asnaf Selangor bakal meningkat 157,000 tahun 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sabirin (duduk dua kiri) bersama penerima anugerah asnaf cemerlang.

SHAH ALAM –Jumlah keluarga asnaf di Selangor bakal meningkat dua kali ganda pada tahun 2030 iaitu melibatkan 157,000 keluarga.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohd.Sabirin Mohd.Sarbini, pada masa kini pihaknya menyantuni lebih 60,000 keluarga asnaf fakir dan miskin serta lebih 6,000 individu mualaf di negeri ini.

“Angka ini dijangka akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang. Malah, berdasarkan analisis Jabatan Perangkaan, menjelang tahun 2030 dijangkakan bilangan keluarga asnaf di Selangor mencecah sebanyak 157,000 keluarga.

“Melihat kepada jangkaan trend peningkatan asnaf itu, LZS telah memulakan pelbagai inisiatif baik dari segi kutipan mahu pun agihan zakat bagi memenuhi keperluan pada masa hadapan,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Asnaf Cemerlang di Hotel Mardhiyah hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 65 asnaf menerima anugerah asnaf cemerlang yang dinilai berdasarkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan utama seperti Siji Pelajaran Malaysia (SPM) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta usahawan asnaf.

Menurut Mohd.Sabirin, LZS turut melaksanakan program pembangunan asnaf fakir dan miskin bagi membantu mereka berdikari sehingga mampu menjadi penyumbang semula kepada kitaran kutipan zakat.

Ujarnya, ini selaras dengan falsafah dari Mustahiq (Penerima) kepada Muzakki (Pengeluar Zakat).

“LZS akan meneruskan usaha mengeluarkan sebanyak 4,000 asnaf melalui peningkatan pendapatan.

“Kita juga akan meningkatkan usaha untuk mengenal pasti pelajar yang keciciran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disebabkan oleh pelbagai faktor melalui program TVET dan program latihan kemahiran kerjaya,” katanya.

Justeru, kata beliau, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk
membantu pelajar dengan peningkatan subjek literasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI