fbpx

Gimik Nabila Razali awalnya dibenci, kini dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIMIK Nabila Razali menggunakan MK K-Clique sebagai ‘pelaris’ video muzik lagu baharunya menjengkelkan sesetengah netizen kerana cara itu dianggap sudah basi.

NABILA RAZALI dengan gimik memang tidak boleh dipisahkan. Ibarat satu keperluan setiap kali hendak lancarkan ‘benda’ baharu, mesti Nabila akan rancang sesuatu untuk buatkan peminatnya menggelupur.

Bukan sahaja peminat, dengan Diva sekali kelam-kabut bila nampak Nabila muat naik foto menggambarkan suasana perkahwinan.

Tapi macam biasalah, hujung-hujung rupa-rupanya gimik sebab hendak lancarkan single baharu berjudul Aku Terluka yang menampilkan penyanyi rap, MK K-Clique.

Memang ramai yang menyampah dengan ‘idea basi’ Nabila buat gimik yang bukan-bukan. Tapi marahnya netizen cuma sekejap sahaja.

Lepas dah keluar lagu Aku Terluka, ramai pula yang memuji lagu dan konsep video muzik single tersebut.

Rata-rata puji lagu tersebut sedap didengar. Video muzik pun cantik walaupun ada juga sesetengah yang kecam sebab Nabila pegang tangan MK. Haram katanya!

“Baru sekali dengar terus menangis. Sedapnya lagu,” puji seorang netizen.

“Jatuh cinta dengar lagu Aku Terluka,” kata seorang lagi peminatnya.

“Biarlah orang nak cakap apa, aku tetap sokong dan minat Nabila Razali,” kata seorang pengguna YouTube.

Diva rasa kelakar pula. Sebab Diva antara ‘netizen’ yang menggelupur hubungi Nabila nak tanya sama ada betul dia kahwin atau tidak. Hujung-hujung kena scam!

DIVA: Tahun 2022 hampir melabuhkan tirai. Dah tercapai belum azam tahun ini?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI