SEBELUM ini Uqasha Senrose dikatakan pernah melakukan suntingan berlebihan untuk beberapa foto dalam Instagramnya.
Sejak itu, setiap perkongsian fotonya pasti diperhatikan ramai sebab netizen mahu mencari kesalahan tersebut.
Begitulah yang terjadi ketika Uqasha berkongsi foto romantik bersama suaminya, Kamal Adli baru-baru ini.
Dalam gambar tersebut, netizen mendakwa dia menyunting bahagian kakinya agar kelihatan lebih kurus dan panjang.
Semuanya disebabkan bentuk kakinya kelihatan membengkok dan tidak seperti normal.
“Saya boleh tolong suntingkan dengan elok kalau awak nak. Jelas sangat nampaknya,” komen seorang wanita.
Tetapi reaksi Uqasha berbeza pula kali ini apabila dia tampil membidas netizen itu dengan berkata, dia hanya menyilangkan sebelah kaki, bukannya edit!
“Saya hanya silangkan kaki, tak habis-habis suka jatuhkan orang. Kenapa ya dengan awak?” selarnya.
Tak baik sungguh yang tuduh Uqasha sunting gambar. Lain kali siasat dan teliti sehabis baik sebelum lemparkan tuduhan okey.
DIVA: Tahniah buat Da’i Syed dan Hana Ismail yang selamat bergelar suami isteri semalam. Memang padan!