KAJANG – Produk bayi, Tasneem Naturel terhasil ketika pengasasnya, Haridah Sahri berdepan dengan masalah bayinya meragam dan sukar untuk tidur.
Menurutnya, beliau mengeluarkan modal RM1,000 ketika kali pertama cuba menghasilkan balsam untuk bayi.
“Pertama kali saya dapat hasilkan 24 bekas balsam sahaja, menggunakan apa yang ada di tangan dan di rumah,” katanya.
Setelah produk itu mendapat sambutan luar biasa, beliau mengambil keputusan mendapatkan khidmat perunding luar serta pengilang peralatan asal (OEM).
Sebelum memperkenalkan produk bayi, Haridah dan suami pernah mengusahakan kilang coklat yang beroperasi di Tambun, Ipoh pada 2008.
“Namun apabila pasaran online semakin popular, jualan coklat secara fizikal semakin merudum dan akhirnya kami menutup bisnes coklat pada 2014,” kongsinya.
Tegasnya, sepanjang menjalankan perniagaan, kehadiran mentor amat penting bagi memastikan diri tidak mudah patah semangat dan kecewa berdepan cabaran dunia perniagaan.
“Saya mengikuti kelas bimbingan mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sejak 2012 dan pernah bersama mentor lain juga.
“Pada 2019, saya kembali bersama RichWorks menyertai program Nak Ubah Hidup dan berdaftar untuk memasuki Spire pada Ogos tahun yang sama, sebelum diterima sebagai ahli Titanium,” jelasnya.
Hasilnya pada 2021, Tasneem mencatat jualan RM7.3 juta dan menyasarkan jualan RM12 juta pada tahun ini.
Bagi yang berminat mendapatkan maklumat lanjut tentang produk ditawarkan, anda boleh layari laman web Tasneem Naturel.