fbpx

Anak singa hidup terbiar di balkoni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK singa itu ditinggalkan di balkoni sebuah pangsapuri kerana pemiliknya tiada di rumah. - Mirror UK

DOHA, qatar – Beberapa imej memaparkan situasi seekor anak singa terpaksa tinggal di sebuah balkoni, tular di media sosial semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022, demikian menurut akhbar Mirror UK.

Penduduk di sebuah kejiranan di ibu kota Qatar, Doha yang kecewa merakam video itu dan menghantarnya kepada pertubuhan hak haiwan untuk menunjukkan keadaan tragis anak singa itu.

Pada satu tahap, seorang penduduk melempar daging mentah kerana tidak sanggup melihat anak singa itu kelaparan akibat terperangkap di atas balkoni sebuah kediaman.

Beberapa aktivis kemudian menghantar rakaman itu kepada akhbar Mirror UK dan merayu untuk diterbitkan dengan tujuan: “Menunjukkan situasi sebenar yang berlaku di Qatar kepada beberapa haiwan.”

Anak singa itu dikatakan berada di kejiranan Pearl iaitu salah satu kawasan kediaman paling mewah di Doha.

Berpuluh-puluh peminat bola sepak telah menyewa pangsapuri di kompleks yang sama. Di bahagian luar bangunan itu, terdapat gambar besar memaparkan pemain Manchester City dan Belgium, Kevin de Bruyne.

Terdapat bendera St. George di samping bendera Perancis, Brazil dan Serbia berkibar dari balkoni berhampiran tempat tinggal anak singa itu.

Seorang doktor haiwan Qatar menganalisis rakaman itu dan menganggarkan anak singa tersebut berusia tiga bulan.

Pemilik pangsapuri itu dilaporkan tidak tinggal di sana. Seorang pembantu rumah memberi anak singa itu makan setiap hari dan ia telah tinggal di balkoni itu selama beberapa minggu.

Setelah aduan dibuat kepada pemilik bangunan, anak singa itu telah dipindahkan minggu lepas, beberapa hari selepas Piala Dunia bermula. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI