fbpx

Aksi romantis hanya gurauan konten TikTok – Iman Troye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMAN menafikan Danial adalah kekasihnya seperti yang ditularkan dalam media sosial baru-baru ini.

PETALING JAYA – Penyanyi Iman Troye menegaskan jejaka bernama Danial yang tular bersamanya baru-baru ini hanyalah teman rapat dan bukannya berstatus kekasih seperti dakwaan netizen.

Iman, 20, memberitahu gurauan dan aksi romantis bersama Danial yang dikenalinya sejak setahun juga sengaja dibuat-buat untuk kandungan TikTok semata-mata.

“Saya kenal dengan dia pun dalam kalangan kawan-kawan kami. Jika bukan dalam TikTok, memang kami tak berhubung atau mesej pun.

“Video saya dengan dia dalam TikTok itu bukan gimik dan sekadar gurauan antara sahabat sahaja, tidak lebih daripada itu,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Dalam pada itu, pemilik nama penuh Siti Nur Alyssa Sahabudin berkenaan berkata fasa percintaan bukan menjadi fokus utamanya ketika ini.

“Saya rasa ini waktu yang perlu beri fokus kepada industri sebab sebelum ini banyak sangat main.

“Cukuplah waktu saya berseronok dengan zaman remaja dan sekarang pun usia sudah mencecah 20 tahun, sudah tiba masa lebih serius dengan kerja.

“Benda-benda begini tolak tepi dahulu,” ujarnya.

Beberapa minggu lalu, beberapa video TikTok memaparkan aksi mesra pelantun lagu Teman itu dengan seorang lelaki bernama Danial tular sehingga ada yang mendakwa mereka sedang menjalin hubungan cinta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI