fbpx

Ternakan katak makin rancak, Melaka kekal juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Industri penternakan katak tempatan secara komersial dilihat semakin rancak apabila bilangan haiwan tersebut merekodkan peningkatan sepanjang tahun ini.

Berdasarkan rekod terbaharu diterbitkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) yang disiarkan menerusi laman sesawang rasminya, ternakan tahun ini diunjurkan sebanyak 1,329,838 ekor.

Angka anggaran positif tersebut mengatasi jumlah dicatatkan agensi berkenaan pada tahun lepas apabila sekadar menyaksikan 1,304,527 ekor katak yang diternak di seluruh negara.

Pada masa sama, Melaka terus unggul sebagai pengeluar katak paling besar di Malaysia untuk unjuran tahun ini dengan agensi berkenaan menjangkakan negeri itu akan mampu menternak 1,020,530 ekor.

Jumlah tersebut mencatatkan peningkatan tinggi daripada rekod pada tahun lalu iaitu sekadar sejuta ekor setelah angka sebenar diselaraskan berbanding unjuran asalnya 1,069,516 ekor.

Sebahagian besar hasil produk katak yang diternak di negara ini akan dipasarkan ke Kuala Lumpur dan Singapura dengan harga jualan runcit antara RM10 sehingga RM15 sekilogram.

Ternakan amfibia ini lebih kepada pembekalan makanan eksotik di restoran dan lazimnya menerima permintaan tinggi pelanggan yang gemar rasa enak daging atas faktor kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI